Siapa manpex?

Manpexxx atau sebenarnya adalah manpex. Manpex adalah nama gelaran yang telah tercipta buat sekian lama semenjak di bangku sekolah lagi. Kenapa kawan-kawan aku panggil aku manpex? mungkin kerana mataku yang sepet kot?? muka pun iras2 chinese, tak pun macam jepun kot. Nama sebenarku adalah Abdul Rahman bin Mohd Ghazali. Aku dilahirkan di Hospital Dungun pada tanggal 4-Dec-1988 atau 24 RabiuAwal 1409 iaitu pada Hari Ahad. Kalau ikut tahun cina pulak, tahun tu jatuh pada tahun Naga.

Menurut umi aku, masa nak lahirkan aku, masa tu musim banjir dan pesakit-pesakit kat Hospital Dungun tu terpaksa kene pindah ke bangunan Yayasan Terengganu kat tepi pantai tu. Sekarang ni bangunan tu dah jadi Sekolah Menengah IMTIAZ Dungun.



Kalo korang jalan-jalan disepanjang jalan tepi pantai Teluk Lipat memang nampak lah bangunan sekolah tu. Korang jangan tertukar pulak, dekat kawasan tu ada nama Teluk Gadung, Teluk Lipat dan Teluk Bidara. Teluk Gadung tu dekat Sura Hujung, berdekatan dengan UiTM Dungun. Pastu Teluk Lipat pulak kat Sura Tengah dan Sura Gate. Teluk Gadung pulak jauh sikit, kalo korang dari Sura Gate, korang kena masuk dulu 'pekan koboi' dekat Kuala Dungun pastu naik jambatan baru merentasi Seberang Pintasan pastu baru lah tiba kat Teluk Gadung. Kawasan pantai dekat Dungun memang best sebab pantainya memanjang dan bebas daripada sebarang pencemaran.



Ni kat Pantai Teluk Gadung.
Dulu kat sini ada jalan atas air dan tangga nak naik ke Bukit Bauk tu, tapi sekarang dah takde sebab mungkin dah runtuh dan terpaksa ditutup kerana membahayakan keselamatan pengunjung.



Kalo korang perasan disepanjang Pantai Teluk Lipat korang akan dapat lihat menda ni?
Apakah menda ni?
Tapi sekarang ni, menda ni dah tenggelam dalam air laut, kalau nampak pun pada bahagian atas je.



Teluk Bidara memang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih dan udaranya yang nyaman. Kalo anda seorang photographer, jangan lepaskan peluang untuk amik gambar kat sini.

Aku memang dilahirkan di Dungun, tapi aku tak membesar disana. Untuk makluman, rumah tok dan tokki aku sebelah umi aku adalah di Dungun dan sebahagian besar sedara mara aku yang belah umi aku memang tinggal kat kawasan Dungun.

1 comment: