Resipi Menarik (3minit) pengganti maggi.

Malam semalam hujan lebat kat rumah aku. Tiba-tiba rasa lapar lah perut ni. Pastu aku pegi dapur, tgok nasi dah habis.. Aku tengok maggi banyak.. Tiap2 malam makan maggi tak boleh jadi jugak. Aku pun tiba-tiba rasa rajin pulak nak cuba sesuatu yang baru yang tak pernah aku buat. Aku tengok dalam peti, ada telur, sayur, dan macam2 lah dalam peti tu. Biasa la...tu kan peti ais. bukan stor tayar. haha.. Pastu lama jugak fikir...nak buat apa? Aku pun try je lah reka resipi sendiri..memang sedap wa cakap lu.. memang sesuai untuk sape2 yang malas utk kuar cari mkanan kat kedai dan sangat sesuai sebagai pengganti maggi yg boleh dikatekan mmbahayakan kesihatan tu. Mende ni tak makan masa yang lama, sekejap je dalam 3 minit je.

Kali ni aku nak kongsi ngan korang sume macam mane nak buat masakan yang aku sendiri pun tak tau nama ape masakan ni. Nama tu tak penting, yang penting kenyang perut dan sedap. hahaha.... Kalo sedap, tinggallah komen kat bawah ni nanti. Kalo xsedap pun, komen lah jugak.

Bahan-bahan:


Telur 2 biji



Telur Ayam aku pakai 2 biji. Tapi sebenarnya bergantung kepada kuantiti kita nak makan.

Biskut Jagung


Biskut Jagung aku pakai yang jenis Hup Seng. Kalau jenis lain pun xpe. Aku pakai 5 keping je untuk 2biji telur. Kalo lebih pun xpe.

Mayonis




Mayonis ni guna dalam 1.5sudu je.. kalo nak lebih masam, letak la lebih sikit.

Baked Beans (with tomato sauce)




Kacang ni sedap jugak kalo dimakan begitu sahaja. Xmahal kacang ni, dalam RM2.00 aje 1tin. Dalam masakan ni xpakai banyak pun, pakai sikit je.


Prosedur:

Amik mangkuk... kalo x kenal jugak mangkuk xtau la nak cakap ape... memang korang ni mangkuk lah.. hehe.. jgn marah.. Pecahkan 2 biji telur tu dalam mangkuk, kemudian pecahkan yang kuning telur tu.

Gaulkan telur tu dengan biskut jagung yang telah di pecah-pecahkan. Jangan pecahkan jadi kecik sangat biskut tu. Kalo sekeping tu, buat pecah dalam 6 bahagian. Amik secubit garam, tabur-taburkan dalam campuran, supaya ada sedikit rasa lemak dalam masakan kita.

Lepas dah sebati. Masukkan 1.5 sudu mayonis.

(1.5 = satu sudu setengah). Gaul lagi sehingga sebati.


Masukkan dalam 'microwave' tekan 1 minit. Jangan lama-lama sangat. Kalo telur tu keras sangat x sedap nak makan. Kat umah aku ade 'microwave'. Kalo rumah korang takde, pakai je lah oven, xpun masak dalam periuk/kuali pun boleh jugak. tapi aku xpernah try. Kalo nak masak dalam periuk/kuali tu aku rasa kene letak minyak masak sikit.






Ok. dah cukup 1 minit kita tunggu kan. Keluarkan mangkuk tu, campurkan lagi masakan kita ni dengan kacang bakar (baked beans). Letaklah dalam 2-3 sudu. Ok.... dah siap.. sedia untuk di makan..


Sedap x?? mesti sedap kan??


Sesuai untuk sarapan/makan mlm

2 comments: