Bukit Payong?


From Wikipedia


Bukit Payong (est. pop. (2008 census): 5989) is a town in the Marang district of Terengganu, on the east coast of peninsular Malaysia.

The population comprises 97% Malays, 2% Chinese and 1% of other races. The town is bordering the district of Kuala Terengganu. It houses several government departments such as Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Peladang, and Pejabat Pos. There are two shopping centres which are Pasaraya Seri Intan and Kedai Wahab. Also there a lot of bundle shop in this town. East Coast Expressway interchage also existed in this town. It is also the seat of state constituency of the same name.


From Laman Web Komuniti Desa





Kampung Bukit Payong terletak dalam mukim dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong serta di dalam kawasan Parlimen Marang. Kampung ini terletak di Daerah Kuala Terengganu dengan keluasan 202 hektar. Mempunyai bentuk muka bumi yang landai dan dataran menyebabkan kegiatan ekonomi penduduknya lebih kepada bekerja di sektor awam dan swasta, bekerja sendiri dengan membuka perniagaan dan selebihnya bekerja dalam bidang pertanian.


Uniknya kampung ini kerana ianya sudah berubah wajah menjadi sebuah pekan kecil yang mempunyai kesemua kemudahan yang diperlukan penduduk. Kemajuan yang peroleh penduduk kampung ini menyebabkan ia menjadi lokasi tumpuan masyarakat sekitar untuk mendapatkan kemudahan yang diingini.


Untuk sampai ke kampung ini dari Kuala Terengganu, pengunjung akan melepasi sebuah masjid yang terletak di simpang empat yang merupakan mercu tanda bahawa pengunjung telah sampai di Kampung Bukit Payong. Manakala Perpustakaan Kampung Bukit Payong terletak di tepi jalan berhampiran pasar harian dan kedudukannya di tepi jalan utama itu memudahkan pengguna untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.


Sejarah

Sejarah kewujudan kampung ini tidak dapat dikenal pasti kerana tiada cacatan bertulis yang ditinggalkan. Namun menurut cerita lisan nama kampung ini diambil bersempena dengan peristiwa di mana pada zaman dahulu dikatakan terdapat sebuah bukit yang menjadi tempat kediaman seorang Tuan Puteri.

Apabila hari hujan maka dengan sendirinya akan keluarlah payung dan payung tersebut dijadikan sebagai tempat untuk tuan puteri berteduh. Maka bermula sejak itulah kampung ini terus dikenali sebagai Kampung Bukit Payong. Sejak awal penubuhan kampung ini sehingga kini terdapat banyak perubahan dengan pembangunan pesat dijalankan.

1 comment:

  1. mung duduk kg tebakang mang..bukan bukit payong...

    ReplyDelete